Thursday, 28 July 2011

"takkan harimau memakan anaknya"

salam readers...,begitu indah peribahasa melayu....pemerhatian kegiatan hidup seharian dijadikan peribahasa yang kita tidak pernah terfikir oleh kita sendiri. Dalam konteks pertama, objek harimau diberikan lambang kuasa besar, manakala dalam konteks kedua, objek harimau ditafsirkan sebagai lambang kejam kerana sifatnya yang akan membaham buruannya tanpa belas kasihan.



pendapat saya, mmglah harimau tidak akan memakan anaknya sendiri, tetapi perlu diingatkan disini, kadang2 ada juga ''harimau yg mecederakan anaknya tanpa disedari" mengikut keadaan sekarang, ditujukan kepada negara yang maju... banyak kes-kes melibatkan bapa dan anak kandung sendiri....merogol, membunuh dan menjual anak sendiri...

jadi boleh dirumuskan disini "haruan juga makan anaknya" , dalam keadaan terdesak ibu bapa sendiri menggunakan anaknya sebagai makanan...dan mempunyai agenda tersendiri..untuk kepentingan masing-masing...jika anda merasakan ada mempunyai ibu atau bapa yg hanya akan menghancurkan anda... cepat-cepatlah sedar sebelum ia terlambat...dan buatlah sesuatu dgn cara yg paling baik... kerana perlu juga saya ingatkan mereka juga adalah ibubapa kita... seburuk mana pun mereka...kita cuma ada satu jer ibu dan bapa di dunia ini..dan mereka tiada ganti.

kesimpulannya, "harapkan telunjuk, telunjuk makan mata"... dalam apa jua yg kita lakukan sekarang perlulah berhati-hati kerana orang yang paling dekat dengan kita yg akan mengambil kesempatan dgn apa yg berlaku.. diharapkan apa yg ditulis boleh dijadikan sebagai iktibar kepada semua...

sekian, wasalam




Saturday, 23 July 2011

~kerana NIAT~

sememangnya aku hanya insan yg lemah...aku mmg berniat untuk menutup aurat satu hari nanti...dengan iklas dan keizinan ALLAH s.w.t., tetapi apa yg aku rasakan sekarang adalah...ramai org yg bertudung hanya memakainya hanya sekadar fashion, dan tidak ada pengertian tentang pemakaian tudung itu sendiri...

aku amat menyanjungi wanita yg bertudung kerana telah melaksanakan kewajian "menutup aurat"...tetapi atas pengalaman diriku sendiri...wanita bertudunglah yg menipu diriku...wanita bertudunglah bila mereka mengatakan sesuatu, aku rasakan seperti seperti pisau yg sedang mensiat-siat kulitku...dan atas pengalaman ku juga...jika mereka tidak gemar dgn seseorg...lirik mata mereka seperti memandang org yg hina...dan paling tidak menjaga hati org lain....

aku terlalu meletakkan tudung itu di tempat yg tertinggi,
tetapi apa yg mereka lakukan amat mengecewakan hati,

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.Dan pelacur itu masuk syurga... (Sahih al-Bukhari)

Kisah 2 orang sahabat jatuh tangga lalu mati, seorang yang kuat ibadah masuk neraka dan seorang kaki maksiat masuk syurga. sahabat yg tidak pernah meninggalkan solatnya mempunyai niat untuk mencuba perkara yg tidak baik (maksiat)...semasa dia ingin turun tangga lalu mati...kerana NIATnya itu dia masuk ke neraka. begitu juga sebaliknya yg berlaku pada seorang lagi ...kerana NIATnya ingin bertaubat kepada ALLAH s.w.t. lalu mati jatuh tangga diberi balasan syurga padanya....


"jadi siapa kita untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak
hanya tuhan mengetahui segalanya...,
Dialah yg menentukan syurga neraka,
bukan kita 'hamba' yang menentukannya
dan dengan hanya "niat" yg baik...
dan melaksanakannya dengan ikhlas dan tawaduk...
insya-allah segala yg anda lakukan akan dirahmati...
mudah-mudahan...amin"

p/s: hasil nukilanku sendiri..tidak ada kena mengena dengan yg hidup mahupun yg meninggal dunia...

Friday, 22 July 2011

sesi dialog bersama "Bodyguard"....

kira-kira pukul 1ptg- on the way pergi ke office....dahlah hari ini xder mood nk berborak....mcm nielah jadinya....

bodyguard: Boss,kejap nampak slim...kejap nampak berisi.....

Boss : Depends on baju lar....

bodyguard : betul Boss... budak2 kat office sumer ckp mcm tue...

Boss: ("amboi kutuk aku kat office...!!!"ckp dlm hati) yerlah badan saya nie mcm 'belon' kejap besar, kejap kecik depends on siapa bagi makan....klu org 'tue' bg mkn byk...besarlah saya...klu bg mkn sikit..keciklah saya..

bodyguard: (~gelak cover dan terus terdiam~)


aaihhh....terus terfikir, staff aku nie xder keje kat office ker? sampai aku punyer penampilan and berat badan pun nk amik tahu? prihatin jugak dierorg nie yer....ahahahaahah:p

Wednesday, 20 July 2011

MASA..."tick..tock..tick..tock..."

jikalau aku ada Masa....
akan ku "update" blog ini setiap hari.
jikalau aku ada Masa....
akan ku membaca buku yg ku letakkan ditepi katil..sehingga hari ini aku x habis baca lagi.
jikalau aku ada Masa...
akan ku buat sehabis mungkin "Route map plan", yang tidak terfikir lagi.
jikalau aku ada Masa...
akan ku fikir apa nak tambah kat ruang tamu rumah family.
jikalau aku ada Masa...
akan ku beli pokok di 'NURSERY' untuk ceriakan laman rumah.
jikalau aku ada Masa....
akan ku buat sehabis baik untuk membahagikan masaku , balance utk semua.
jikalau aku ada Masa....
akan aku buat sebaik mungkin utk segalanya....

tapi apakan daya,
masa tidak akan tggu kita...
masa lebih bergerak maju dah mcm 'bullet train!!!'...
tutup mata buka mata dh 26 tahun aku diplanet bumi ini,
terima kasih pada "MAHA PENCIPTA",
Kerana segalanya yg berlaku ada sebabnya,
jgn kita lupa....
kita yg perlu mengejar Masa...bukan Masa mengejar kita.

dan Akhir Sekali,
aku ingin meminta maaf....
kerana aku tidak meluangkan Masa pada semua...
dan aku hanya INSAN BIASA....

~nukilan utk diri sendiri~


Thursday, 22 July 2010

i really need a good rest!!

I'm really wanna pampered myself now!! i don't give a damn what people want to say about me... one thing that i know is.."i deserved to get what i want".. because of stressful time at my work environment... by the end of the month i'll make sure..everything was done!! hopefully it will~ngee~ *finger crossed *wink**wink*

my list
good massage / reflexology
spa
manicure and pedicure
trim my hair
good sleep
have a nice dinner